PENGENALAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN KPS 3014
Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar berjalan dengan lancar.
TINJAUAN BACAAN

Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan daripada
bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu. Kepemimpinan adalah
seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang,
mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu
mempunyai cara dan seni sendiri. Menurut
Stogdill (1950), kepimpinan merupakan satu
proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha menetapkan dan seterusnya
mencapai matlamat organisasi. Satu proses di mana seorang individu secara
konsisten memberi lebih banyak impak terhadap sifat dan aktiviti kumpulan
berbanding orang lain(Kellerman 1984). Sergiovanni (1989) pun menyatakan bahawa
kepimpinan merupakan satu proses memujuk atau mempengaruhi di mana pemimpin
atau kumpulan pemimpin mempengaruhi para pengikut untuk mengambil tindakan yang
menjurus kepada pengukuhan matlamat pemimpin dan matlamat bersama.
Seterusnya, organisasi dapat ditakrifkan
sebagai sekumpulan
manusia yang berkerja untuk mencapai matlamat-matlamat yang tertentu dan dalam suasana yang tertentu. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian dalam sesebuah pertubuhan. Zainal Ariffin Ahmad dalam bukunya ‘Perlakuan Organisasi’(1998) telah mendefinisikan organisasi sebagai satu kumpulan manusia yang kerja bersama untuk mencapai matlamat umum. Sementara Campbell et al. (1988), pula mentakrifkan organisasi sebagai sekumpulan manusia yang bekerja untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu dalam sesuatu suasana yang tertentu.

Ulasan
Catat Ulasan