Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

Perbincangan

PERBINCANGAN 1. Apakah  gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh pengetua? Gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh pengetua ialah gaya kepimpinan demokratik.  Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pengetua akan mengajak guru-guru lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pengetua mampu menerima pandangan dan pendapat daripada guru-guru dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi guru-guru. Pengetua lebih bersikap matang dan hubungan dengan guru-guru di bawah pimpinannya adalah rapat kerana beliau mementingkan hubungan sesama guru. 2. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pengetua di dalam sesebuah organisasi? Ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pengetua di dalam sesebuah organisasi: a. Mentali...

Tinjauan Bacaan

PENGENALAN P ENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN KPS 3014  Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar  berjalan dengan lancar. TINJAUAN BACAAN             Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu. Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengar...