Langkau ke kandungan utama

Perbincangan

PERBINCANGAN

1. Apakah  gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh pengetua?

Gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh pengetua ialah gaya kepimpinan demokratik. Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pengetua akan mengajak guru-guru lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pengetua mampu menerima pandangan dan pendapat daripada guru-guru dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi guru-guru. Pengetua lebih bersikap matang dan hubungan dengan guru-guru di bawah pimpinannya adalah rapat kerana beliau mementingkan hubungan sesama guru.

2. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pengetua di dalam sesebuah organisasi?


Ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pengetua di dalam sesebuah organisasi:



a. Mentaliti
  • Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
  • Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
  • Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain dating kepadanya minta bertindak.
  • Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.
b. Kemasyarakatan
  • Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
  • Sikap positif dan terbuka.
  • Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
  • Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.
  • Mesra dengan orang lain.
c. Moraliti
  • Mempunyai disiplin diri yang unggul.
  • Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
  • Iman yang teguh.

3.Ciri-ciri organisasi sekolah.

i. Mempunyai tujuan dan sasaran  untuk dicapai dalam organisasi.

ii. Mempunyai aturan yang harus diikuti oleh ahli-ahli dari organisasi.
iii. Mempunyai pembahagian kerja serta mengamalkan sikap kerjasama.
iv.Penglibatan dan sokongan ibu bapa.
v. Pembangunan staf.
vi.Memaksimumkan masa pembelajaran.









Ulasan